Monday, December 26, 2011

44. puisi untuk bulan




bulan,
tolong jangan curang,
walaupun kau di kelilingi bintang,
yg lebih menawan kerlipannya dari aku.

kerana sesungguhnya,
walaupun manusia beribu,
tetap kau yang aku pilih,
walaupun kau sbnrnya susah untuk aku gapai.














43. sesuatu




aku perlu sesuatu yang baru.
kali ini macam terlalu berat.















mengeluh panjang.

Sunday, December 25, 2011

42. LEGO

main lego mmg best!mcm mase kecik2 dulu..smpi kepala org yg bulat tu bley termasuk dlm idung..haha






mcm2 bley buat!






tp,kalau terpijak......

DAMN! rase mcm nak bunuh diri..taubat tan nak main dah..

41.

semua yang kau nak,
semua aku bagi..



















nak jage hati aku pn ssh sgt ke?

Saturday, December 24, 2011

40. si bongok

hujan,
mata meminta untuk di pejamkan,
setelah penat membanting tulang,
tetapi kisah malam ini sgt sempurna.

makin menggila hujan yang turun,
marah mungkin,
kerana ada si bongok,
yang tidak mahu mengalah dgn kedinginan.

si bongok itu,
mengintai di celah tingkap,
kerana rindu dia pada si bulan,
tetapi hampa,kerana cahay yang tiada.

si bongok itu bersedih,
kerana sang bulan yang berjanji untuk menemani,
telah mungkir untuk entah ke berapa kali,
si bongok itu,hancur lagi.

hujan dan si bongok,
bertemanlah mereka,
berlawanlah dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing,
hujan makin menggila dan si bongok makin parah.

hujan menceritakan kisah hujan,
si bongok menceritakan ttg kebongokannya,
yang mendengar hanyalah langit,
yang tidak tahu membantu,kerana turut kelam tanpa bintang.

Wednesday, December 21, 2011

39.kosong

aku pandang cermin,
kosong.

aku pejam mata,
kosong.

aku rasa degupan jantung aku,
kosong.

aku cube merasa sesuatu,
kosong.

rupanya aku rindu pada Engkau....

Monday, November 14, 2011

38. rapuh






jiwa aku kosong..
aku perlu tmpt untuk aku berteriak,
melantakkan mata yang memandang,
kerana sungguh,aku tidak mampu..

kalau boleh aku berteriak,
aku pasti akan di iringi air dari mata,
yg terlalu senang mengalir beberapa hari ini,
ya,aku sgt rapuh..

aku harap kau boleh nmpk,
betapa aku mati di dalam dibunuh kau,
betapa ranap hati aku kau kerja kan,
betapa aku lemah kosong di jiwa dan hati..

dan aku harap kau berhenti,
berhenti memberi yg palsu,
berhenti memberi sesuatu yg tiada,
berhenti memikirkan ttg kau sahaja..

aku tahu salah aku,
tp, bkn salah aku sendiri,
mmg aku bodoh,
tp kau lg bodoh sbb tak tahu menghargai..

aku mahu kau lihat aku,
lihat terus dlm mata aku,
lihat semangat yg kau ambil,
semangat yg kau ambil dri setiap waktu yg kau lantakkan aku..

aku mahu pndgn kau tembus ke hati aku,
melihat luka dan cantuman yg rapuh,
mungkin dgn itu,kau akn berhenti,
kerana melihat kan kondisi hati yg kritikal ini..

aku merayu,
aku melutut,
meletakkan tgn di depan muka ku,
menghadap kau,
umpama rakyat biasa menghadap sultan,
mungkin kau yg merajai hati ku,
aku menangis teresak-esak dan merayu,

tolong berhenti..








*dan aku kembali kpd Tuhanku memohon kekuatan..aku ini hamba Mu yg tidak tahu malu..