jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Thursday, January 5, 2012
58. malam
setiap malam,
apabila aku rindu,
aku mengintai engkau dari tingkap,
ketika engkau sedang tidur.
berharap agar engkau boleh aku simpan untuk aku,
selamanya,
berharap agar engkau adalah untuk aku,
selamanya.
kemudian aku berlalu pergi dengan hampa,
kerana dalam mimpi engkau,
bukan nama aku yang engkau sebut,
bukan bayang aku yang engkau lihat.
hakikatnya,
aku hanya mampu melihat dari jauh.
57. enchanted
gadis turun ke bumi,
dari langit yang berbintang seribu,
berharap agar hati dapat ditenangkan,
hatinya gundah dengan beban yang di tanggung.
tidak mampu.
gadis terleka,
duduk sendiri merenung tempat asalnya dari bumi,
rupanya ada jejaka yang memandang.
sepasang mata yang bertentang dengan mata gadis,
pandangan yang membuatkan jantungnya laju,
pertama kali gadis merasa begitu,
hilang gundah di hati.
lalu gadis berharap di dalam hati,
boleh kah gadis menjadi manusia biasa?
56. sorry.
for every situation that we are facing,
i swear,
i've tried my best to make things simpler.
and i am so sorry,
if it still complicates you.
Tuesday, January 3, 2012
55. ......
aku rasa nanti aku tidak mampu,
untuk pergi,
kerana nanti aku yang akan mengutip kembali sisa hati aku,
sendirian.
nanti aku rindu,
sekarang aku takut.
54. dear you.
kerana memberi aku senyum,
kerana pandang ke dalam mata aku,
kerana duduk dengan aku,
kerana selalu ketawa sama-sama dengan aku.
terima kasih.
kerana selalu tahan dengan baran aku,
kerana selalu faham degil aku,
kerana selalu terima cemburu aku,
kerana selalu mengalah kalau aku beremosi.
terima kasih.
kerana masih sayang aku,
kerana masih kesahkan aku,
kerana masih cuba senyumkan aku,
kerana masih bersabar dengan aku.
terima kasih.
kerana buat aku gembira,
kerana buat aku rasa selamat,
kerana buat hati aku senyum,
kerana buat sesuatu yang kadang aku tidak jangka.
terima kasih.
kerana faham riak muka sedih aku,
kerana faham manja aku,
kerana faham merajuk aku,
kerana bertahan dengan kerenah aku.
terima kasih.
aku tahu,
aku tidak layak,
tidak sempurna.
jadi,
aku bersyukur,
kerana adanya kau,
dan masih ada kau.
terima kasih.
53. kawan aku.
aku ada kawan.
yang sentiasa tahu aku ada masalah,
bila dia dengar suara aku.
yang selalu buat aku gelak berguling-guling,
bila aku call.
yang selalu dengar mslh aku,
kemudian buat aku senyum.
yang haritu call aku balik,
untuk pastikan yang aku okay.
yang selalu dtg mid dari n9,
utk nk lepak same same.
yang dlu belanja aku vitagen,
sbb aku suke.
mungkin,
dia bukan pemberi nasihat yang baik,
sbb dia asyik suro aku buat cool je.
mungkin,
persahabatan kitorg bukan la bertahun-tahun,
baru masuk tahun ke empat.
dia jauh,
tp dia selalu ada dan selalu tahu.
aku tidak pernah buat post tentang orang secara spesifik,
tapi, hari ini ade pengecualian.
sebab dia buat aku terharu.
lepas exam yang melemah kan semangat aku dan ada sesuatu yang buat aku sedih,
aku balik ke bilik,
dan terus baring.
baring dan termenung sendiri.
sgt lembik.
sgt lembik.
aku call kawan aku,
lambat dia angkat.
dia tengah demam selesema.
aku tnya kabar sikit, n psl jadual peperiksaan dia.
pesan macam-macam, supaya dia cepat sihat.
dan ayat terakhir dia,
"kau rilek je, rab.aku tau kau ade masalah. aku tau. tapi aku tengah sakit. n aku tak de credit. kau rilek je dulu. bertahan je dulu. nanti, aku dah sihat, aku message kau. kita sembang. sorry. "
damn.
aku terus menangis.
cepat-cepat aku ckp bye.
dia lelaki, tapi dia lagi tahu.
cepat sembuh.
Monday, January 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
