Tuesday, January 10, 2012

65. bulan,angin langit



bulan,
kalau engkau bersinar,
aku mahu engkau tahu,
yang aku tidak suka keadaan ini.


angin,
kalau engkau bertiup,
aku berharap dalam diam,
engkau berhenti bertukar arah.


langit,
kalau engkau mendengar,
aku mahu engkau tahu,
yang aku sebenarnya rindu.


bulan,angin,langit,
sebenarnya adalah manusia,
yang setiap tawa, rengus, dan sedihnya,
aku ingin tadah.


bulan,angin, langit,
adalah sebenarnya manusia,
yang setiap tawa, rengus, dan sedih aku,
aku mahu ada dia.

Monday, January 9, 2012

64. =))




hello


hello


nape?


xde pape.


huh?


i miss you. bye. 





63. cermin


aku bersembang dengan rakan. muka dia sgt sugul dan tidak bersemangat. mungkin dia ketawa,tp, kosong. aku bertanya.

kenapa dengan kau?
kenapa dengan aku?


kenapa muka kau nampak sugul?
kerana hati aku berat.


kenapa?ada masalah kah?
aku pun tidak tahu.


sudahnya,kenapa dengan kau?
aku pun tidak tahu.


cuba beritahu?
aku selalu sedih. kosong.ada saja yang tidak kena.


lagi?
tidak bersemangat.selalu menangis.


owh.
kau beritahu,kenapa dgn aku?


mungkin kau semakin jauh dengan Allah.
mungkin.


cuba kembali,merintih dan mengadu. Dia maha mendengar.
ya.


Dia beri kau perasaan ini,supaya kau sedar.
syukur. Dia masih cinta.


kau pergi kesat air mata,kuat kan semangat.
terima kasih.




ada suara memanggil aku.aku paling. tiada siapa.aku pusing menghadap rakan aku semula.rupanya aku sedang bercakap dengan cermin.

Sunday, January 8, 2012

62. diamkan.



aku tak mahu lihat,
aku rasa sedih,
aku rasa cemburu,
melihat kemesraan kamu berdua,


kau apa tahu?


aku diam,
aku mahu beritahu,
tapi aku tidak berani,
nanti membebankan kau.


aku ini yang banyak masalahnya,bagi kau,
aku ini yang banyak kerenahnya,bagi kau,
aku ini yang banyak songehnya,bagi kau,
aku ini yang banyak buat kau marah,bagi kau.


aku hampir beritahu,
berkecamuk kepala aku fikir ayat,
bermacam-macam perasaan aku rasa,
serabut aku tidak tahu mahu melahirkan perasaan yang mana.


akhirnya,
aku hanya memilih,
untuk beritahu kau,
yang aku rindu.


tp,kau tidak akan pernah tahu.

Saturday, January 7, 2012

61. sarkastik : customer byk songeh



saudara aku pergi makan dekat restoran yang jual ayam. semua org order.


beliau bagi amanat terakhir dkat abg waiter tu.


"nak ayam bahagian peha,eh?"


dengan sarkastiknya, waiter tu jawab


"nak bahagian peha kiri ke kanan?"


beliau pn bwat muka   =.=

60. cara zaman purba




aku nak ambik nombor telefon org yang aku suka dari kawan aku.

call.

pura-pura salah nombor.

lepas tu,message, buat rilek.


pergh! klasik siot cara aku.jangan tiru.haha

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



59. pemberi ilham



aku rasa dah 2 entry yang aku post,
tapi aku padam balik.


sebab kalau aku menulis tanpa perasaan,
aku tak suka.


dan aku sebenarnya tiada idea,
tapi tangan nak jgak menulis.


jadi, terhasil lah entry ini,
yang aku pun tidak tahu apa fungsi.




aku mahu ilham.






*pemberi ilham,aku rindu.