Sunday, January 15, 2012

72. rindu



nak tinggalkan untuk yang kurang sebulan ini pun,
aku dah terasa berat hati.
susah.




belum pun berangkat lagi,
aku sudah rasa rindu hingga sesak dada,
sedih.




kau bayangkan,
kalau nanti kita tamat di sini?




payah aku nak bayangkan.
tidak mampu membayangkan.




tolong jaga diri.
jangan bagi aku risau.

Saturday, January 14, 2012

71. realiti



jaka dan gadis berjalan,
berpimpinan tangan,
berjalan menuju realiti,
daripada dunia yang hanya ada mereka berdua.

hampir ke pintu realiti,
gadis berhenti,
tunduk.

jaka hairan dan bertanya,
mengapa gadis tiba-tiba berhenti,
gadis menjawab,
kerana di kawasan realiti,
tangan kau akan lepas dari genggaman aku.


Friday, January 13, 2012

70. gaduh



gaduh
tergaduh
bergaduh
penggaduh
digaduhkan
pergaduhan
menggaduhkan
mempergaduhkan


hari
hari hari
hari hari hari
hari hari hari hari
hari hari hari hari hari
hari hari hari hari hari hari
hari hari hari hari hari hari hari


aku.
kau.


keras kepala.
ego.




sayang.

69. entah



kalau begitu,


sekarang aku diam,
sekarang aku pejam,
sekarang aku pekak kan,
semua tentang kau.




puas hati macam ini?

Thursday, January 12, 2012

68, rantaikan aku





aku duduk diam,
kenang kembali sejarah kita,
dari mula kertas kosong,
hingga kini.


setiap muka aku buka,
setiap muka aku selami,
ada yang elok,yang kita tersenyum,
ada yang terkoyak,mungkin kita bergaduh.


aku timbang tara,
aku tidak tahu,
yang mana yang lebih,
yang indah atau yang sedih.


aku timbang tara,
aku sendiri tidak tahu,
bagaimana kita boleh bertahan,
hingga kini, hingga saat ini.


aku timbang tara,
rupanya sudah berbagai fasa kita lalui,
dari hari,bertukar kepada tahun,
berbagai situasi yang berbeza.


tapi,
sekarang mungkin kita sudah hampir sampai,
ke tempat yang sepatuntnya kita sampai dulu,
muka akhir.


MUKA AKHIR.


menggigil aku menulis,
menahan empangan dari jatuh,
tidak tahu apa emosi,
sedang kau bergembira, melantakkan aku.


kau selalu menulis,
rentak kita sama,
tetapi,sebenarnya mungkin tidak sama,
munkin rentak aku yang songsang.


kau ada menulis,
suruh aku rantaikan kau dengan aku,
tapi apa guna aku rantai kan,
kalau setiap kali pun kau memberontak mahu pergi?


aku ada beritahu,
aku tidak kisah luka bernanah sekalipun,
asal kan kita berdua mencuba,
tetapi,sampai mana percubaan kita?


bertahun berlalu,
engkau aku cuba fahami,
bertahun aku cuba mengikut rentak engkau,
mungkin baru kini aku mula faham.


kau suruh aku lihat, aku lihat,
kau suruh aku dengar, aku dengar,
kau suruh aku bercakap, aku bercerita,
kau tidak mintak hati aku, aku beri percuma.


aku terima apa yang kau tidak suka,
aku ada kan apa yang mungkin kau perlu,
sungguh, kalau boleh segala sakit kau aku mahu ambil,
sungguh, kalau boleh segala sedih kau aku mahu telankan.


biarlah,
aku yang bernanah,
biar lah aku yang tidak keruan,
asal engkau,tidak perlu aku risaukan.


aku bersabar,
kerana aku sayang,
aku bertahan,
kerana aku sayang.sumpah.


sangat sayang,
terlalu sayang.


beritahu aku,
apa silap aku,


beritahu aku,
apa yang tidak cukup?


beritahu aku,
apa lagi yang kau mahu?


kerana aku mahu ada engkau dengan aku,
kerana aku mahu meratah dunia dengan kau,
kerana aku mahu mengharung hujan dalam genggaman kau,
kerana sebelum aku tidur aku mahu dikucup engkau.


pandangan mata kau buat aku hidup,
genggaman kau buat aku kuat,
aku sudah terbiasa,
aku minta maaf.


sebenarnya kau yang telah merantai kan aku,
tanpa sedar.

Wednesday, January 11, 2012

67. haha



awak yang putih,
kalau jadi cinta antara kita,
sama-sama buka buku baru ye?
haha.

66. sampah!



aku buka kotak kenangan,
sampah!


aku buka inbox,
sampah!


aku buka internet,
sampah!




sampah yang aku tidak pernah buang,
sampah yang aku paling sayang,
sebab pada suatu masa,
ia amat bermakna.


tp,engkau dah hilangkan maknanya,
maka jadi lah benda-benda itu sampah,
sampah yang aku tidak akan padam,
sampah yang paling aku sayang.




tolong lah balik,
supaya sampah ini tidak menjadi sampah selamanya.