Friday, January 27, 2012

79. 6 jam







di dalam gelap,
di atas awan,
ketika semua sedang beradu,


aku keresahan,
aku tidak keruan.


memikirkan kemungkinan yang akan datang,
memikirkan kemungkinan kau akan berubah,
memikirkan tentang kau.


aku pndg jam.
mengeluh.


baru 6 jam,
aku dh rindu.


macam mana nk tahan seminggu?











Friday, January 20, 2012

78. sweet!



i miss u


beberapa minit kemudian,


i miss u lg


beberapa minit kemudian,


i miss u lg n lg


beberapa minit kemudian,


i miss u br+ byk


beberapa minit kemudian,


i miss u br++ byk


beberapa minit kemudian,


i miss u br+++ byk


beberapa minit kemudian,


i miss u br++++ byk


beberapa minit kemudian,


i da ad kt msjd. i miss u like kerazi.






antara perkara yang paling sweet yg jadi dkt aku.. =)


izinkan aku cerita dkt sini, sbb inbox selalu full dgn msg. =)







Tuesday, January 17, 2012

77. rahsia




aku nk bgtau,cerita ni sgt sweet!




buat aku rasa mcm nak kahwin awal..haha..sgt terpengaruh dgn tv.. =p




76. perokok tua



aku berdiri di hadapan pintu tempat merokok,
bayang-bayang lelaki,
agak rendah dan berisi,
berambut kelabu,
terbatuk-batuk,
tertunduk-tunduk menahan sakit,
aku yang mendengar pun siksa.


tapi kau lagi sanggup menahan sakit,
dari berhenti merokok?




tak faham aku.




Monday, January 16, 2012

75. satu hari nanti.




kalau satu hari nanti,
aku datang depan kau,
bawa puisi yang paling indah untuk kau,
dan beritahu kau,


aku lah pelengkap tulang rusuk kiri kau,
aku lah sebahagian lagi dari kau,
aku lah yang akan hilang kan kau punya kerisauan,
aku lah yang akan tadah kesedihan kau,
aku lah jodoh yang telah ditetapkan untuk kau,


aku lah yang tangannya yang akan kau pegang melawan dunia,
aku lah yang akan kau lindung dari bahaya,
aku lah yang akan sentiasa menjadi makmum kau,
aku lah tulang belakang yang akan selalu menyokong kau,
aku lah yang akan kau bimbing ke jalanNya.




mahu kah kau habiskan sisa hidup kau dengan aku?










74. kapal terbang



aku bawa diri,
melepasi pintu C,
menuju ke dalam perut kapal terbang,
perasaan bercampur.


penuh,
masing-masing dgn tujuan dan destinasi,
aku lihat tiket,
tempat duduk di tepi tingkap, alhamdulillah.


tiga tempat duduk,
aku seorang,
duduk dan tenangkan diri,
mengambil buku untuk di baca.


kapal terbang mula bergerak,
aku merenung luar tingkap,
sekejap lagi,
aku akan meninggalkan bumi dan penduduknya.

laju kapal terbang di landasan,
begitu juga perasaan aku,
setiap kali akan berlepas,
takut tidak sampai ke destinasi.


aku mencari hujung laut,
aku mencari kaki langit,
garisan yang menyatukan keduanya,
sangat indah. subahanallah.


aku renung garisan,
sebenarnya sama,
laut dan langit,
lautan air dan lautan langit.


lautan langit yang mempunyai awan sebagai ombak,
semakin aku tinggi,
semakin kecil pemandangan bumi,
aku makin melawan graviti.


izinkan aku bermimpi,
kerana aku bukan sedang berpijak di bumi,
aku bukan di bumi yang nyata,
izinkan aku bermimpi jauh dari realiti.


aku ada lagi 45 minit.





Sunday, January 15, 2012

73. tidak cukup



1 kelebihan dia,
10 kekurangan aku nampak pada aku,
100 alasan aku rasa kenapa aku tidak layak,
1000 alasan untuk kau pilih dia,
10000 alasan untuk aku pergi.

aku tidak pernah rasa kau akan pilih aku,
kerana aku ini tidak cukup dari segala segi,
kerana aku ini tidak cukup untuk lengkap kan kau,
kerana aku ini tidak cukup untuk diri sendiri,
apa entah lagi untuk engkau.