Tuesday, February 7, 2012

93. malam










aku harap,
malam ini panjang,
penuh dengan bintang,
bulan mengambang penuh.




aku harap,
hujan tidak mengganggu,
pergaduhan tidak tercetus.




kerana aku ingin habiskan malam ini bersama engkau.









92. bosan!





aku nak menulis,
tapi tak ada idea.


rasa macam otak aku kena penyek,
tak berkembang.
tak boleh berfikir!






bosan!





Monday, February 6, 2012

91. masih





aku cinta kau,
sejak pandangan yang pertama.

aku cinta pada kau,
sejak kita mula tertawa bersama.

aku masih cinta pada kau,
ketika keadaan sangat buruk antara kita.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau hanya membiarkan aku mengutip hati aku sendiri.

aku masih cinta pada kau
ketika kau biarkan aku menerima tohmahan orang lain sendiri.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau menengking aku teruk.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau biar kan aku terkapai-kapai.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau mendengus garang pada aku.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau curangkan aku dengan perempuan-perempuan yang lagi sempurna.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau pilih untuk menghabiskan masa kau dengan perempuan-perempuan lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau mengaku cinta kau pada yang lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika aku lihat kau bermanja dengan perempuan-perempuan lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika di dalam fikiran kau penuh dengan perempuan-perempuan lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau patah semangat dan hilang arah tuju.

aku masih cinta pada kau,
ketika kita sedang menambahkan kenangan tentang kita.

aku masih cinta pada kau,
ketika kita sedang melakarkan saat saat indah.

aku masih cinta pada kau.
aku masih cinta pada kau.
aku masih cinta pada kau.

ketika.........................

apa lagi yang lagi teruk yang mampu kau buat untuk uji cinta aku?
apa lagi yang lagi teruk yang mampu kau buat supaya aku berhenti?

aku mahu tahu.
kerana sesabar-sabar aku,
setabah-tabah aku,
kadang kala aku pun tidak mampu.

beritahu aku,
supaya aku bersiap-sedia.
















Sunday, February 5, 2012

90. jahanam




kerana aku punya perasaan,
perasaan yang jahanam.


aku patut di kurung,
kerana perasaan jahanam aku akan membawa nasib malang.


aku patut di pijak,
supaya perasaan jahanam aku tidak hidup.


aku patut hilang,
supaya perasaan jahanam ini dapat dibuang jauh.


jangan layan kan aku,
perasaan jahanam ini akan bertambah-tambah.


atau mungkin aku patut mati,
supaya perasaan jahanam ini mati bersama aku.






jahanam!









89. haha yang ke-2




tadi aku rasa aku dah terjumpa lelaki yang paling cool kat muka bumi nie!
kat airport tadi.











Friday, February 3, 2012

88. pusingan kalah mati



bgun pagi dengan semangat baru!


aku akan berperang hari ini.
dengan diri sendiri.
harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal,
aku akan menjadi lebih kuat!




aku akan pekakkan telinga aku dari kata manis kau,
aku akan buta kan mata aku dari tentangan mata kau,
aku akan keraskan hati aku dengan kehadiran kau.








masanya telah tiba,
aku nampak bayang kau dari kejauhan.




kau senyum.




bangang!
aku lupa dengan senjata kau yang itu.




aku dah kalah.




kalah mati.
sampai bila-bila.










Thursday, February 2, 2012

87. pria



kepada pria yang aku cinta,


aku beritahu ini,
di dalam puisi yang aku tuju kan,
khas untuk engkau.


aku menulis ini,
dalam keadaan hati aku,
yang penuh dengan cinta kepada engkau.


aku menulis ini,
ketika aku keliru dengan keadaan kita,
kerana aku keliru dengan angin engkau.




kepada pria yang aku cinta,
























bangang!
susah betul nak tulis puisi untuk engkau!