jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Wednesday, February 15, 2012
100. kita
aku kira,
kita selalu,
bertengkar,
bergaduh,
salah faham,
tengking-menengking.
memang marah,
sedih,
bengang.
tetapi,
aku suka,
bila malamnya,
kita masih membentangkan tikar di padang,
duduk dan bercakap tentang mimpi dan masa depan,
sambil berpegangan tangan.
erat.
kerana bagi aku,
itu uniknya sesuatu hubungan,
itu uniknya hubungan ini.
hubungan kita.
Tuesday, February 14, 2012
99. nampak
nampak kekurangan aku?
kekurangan yang aku tidak boleh kawal,
kekurangan yang aku takut kau nampak,
kekurangan yang akan buat kau tidak cinta aku lagi.
kekurangan yang tiba-tiba kau akan jadikan alasan,
untuk menamatkan cerita ini,
satu hari nanti.................
Sunday, February 12, 2012
98. terkial-kial
selagi aku tidak tahu,
apa yang terdetik di hati kau,
aku akan cuba mematikan,
segala yang terdetik di hati ini.
kerana aku tidak mahu,
aku sendiri terkial-kial,
menyelamatkan diri sendiri,
daripada mati lemas.
kerana aku tidak mahu,
aku sendiri tercari-cari,
semangat aku yang hilang,
di sebalik kenangan.
kerana aku tidak mahu merasa yang kosong itu,
di bahagian jantung aku,
yang tiba-tiba putaran bumi pun boleh jadi salah bagi aku,
kerana jiwa yang tidak keruan.
aku minta,
agar engkau adalah yang terakhir,
dan yang selamanya,
kerana imaginasi aku tidak dapat membayang kan hidup,
tanpa engkau.
97. masa
masa,
tolong berputar dengan perlahan,
tolong jangan cemburu,
bila dia ada dengan aku.
masa,
aku perlu sebanyak mana yang kau boleh beri pada aku,
supaya aku boleh berada dengan dia,
hingga aku merasa puas.
masa,
mungkin aku perlu minta pada kau,
untuk aku memperoleh tempoh yang cukup,
untuk hidup selama-lamanya dengan dia.
Wednesday, February 8, 2012
96. perfect
sayang,
malam ini,
ketika semua sedang tidur,
datang ke belakang bilik aku.
balingkan batu di tingkap,
aku akan turunkan tali yang aku ikat,
untuk kau panjat ke atas.
tapi,
diam-diam,
jangan sampai didengar orang.
aku kuncikan pintu,
kita akan berpelukan hingga pagi,
seperti selalu, seperti kebiasaan.
indah.
95. rentak
kalau begitu,
aku pun tidak mahu peduli.
ikut rentak kau,
ikut kemahuan kau.
aku cuba mahu betulkan,
kau tidak membantu.
kalau kau mahu jahanam kan hubungan ini,
biar la jahanam.
jangan tanya,
kalau aku dah tak peduli.
kau yang tak peduli.
Tuesday, February 7, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)