jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Tuesday, February 21, 2012
107. puisi untuk bulan (2)
malam ni pun bulan tiada,
bergembira dengan bintang-bintang lain,
tinggal aku,
tertunggu-tunggu sorang-sorang.
bodoh kot,
tunggu bulan yang ada banyak bintang yang cantik dekat sekeliling,
aku ini mungkin sekadar bernasib baik,
dapat dekat sekali-sekala.
aku ini,
dah macam pungguk,
pungguk yang rindu kan bulan.
bodoh!
*puisi ini kurang mutu,kurang rasa..
106. sempurna
memang tiada orang yang sempurna,
tapi,engkau adalah orang yang tidak sempurna yang paling sempurna yang aku pernah jumpa.
faham?
105. hanum
puisi hanum untuk chin!
chin!
jangan senyum dekat orang lain,
aku menyampah tengok!
sebab senyuman tu patut untuk aku je!
hahahahaha..
Saturday, February 18, 2012
104. senyum!
senyum!
rasa macam mahu ambil senyum engkau itu,
simpan di dalam poket aku.
supaya aku boleh bawa kemana-mana,
supaya aku boleh keluarkan bila aku rindu,
supaya aku boleh lihat ketika aku sedih,
supaya aku boleh bawa masuk dalam tidur.
kerana senyum kau itu sempurna,
ketika dunia aku porak peranda,
senyum engkau itu boleh jadi ubat.
dan aku tidak kisah,
jika hati aku jadi tidak tentu arah,
kerana senyum engkau yang sempurna itu,
aku rela.
103. teori
aku telan seluruh bulan.
kau suruh aku tinggalkan separuh di langit,
dan separuh lagi kau suruh aku simpankan dalam hati.
tapi,
aku telankan semua.
memang aku tamak,
sebab aku terlalu rindu kau.
tapi,bila bulan di langit penuh,
teori ini tidak boleh di guna pakai,
kerana aku tidak mungkin tidak rindu pada kau.
102. peluang
ingat senang ke,
nk jumpa orang yang,
ambil peduli,
ambil berat,
terima kekurangan,
sanggup berlawan dengan kau,
sanggup berlawan untuk kau.
ingat senang ke nak jumpa?
kau temukan setiap orang di dunia ini pun,
belum tentu semua akan kisah.
sebab mungkin akan ada hanya sorang,
yang betul-betul,
ambil peduli,
ambil berat,
terima kekurangan,
sanggup berlawan dengan kau,
sanggup berlawan untuk kau.
kerana mungkin yang seorang itu lah jodoh kau.
mungkin.
kalau jumpa yang seorang itu,
kalau bernasib baik mungkin lebih dari seorang,
tolong hargai orang, atau orang-orang itu.
dan,
kalau kau jumpa seorang yang kau betul-betul,
ambil peduli,
ambil berat,
terima kekurangan,
sanggup berlawan dengan dia,
sanggup berlawan untuk dia.
tolong jaga dia dengan baik,
tolong jaga dia dengan elok,
peluang datang mungkin sekali sahaja,
seumur hidup.
Friday, February 17, 2012
101. perasaan
bangang tahap petala ke lapan!
aku tak suka perasaan ini,
perasaan yang dah dtg balik!
insecure.
masa aku dah abis,
aku nk perasaan aku beku,kaku,
supaya aku boleh buat tak tahu,
bukan insecure!
bangang!
pergi je la,perasaan ini.
boleh tak???
Subscribe to:
Posts (Atom)