jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Thursday, March 1, 2012
114. soalan
kau suka dia,
atau kau suka fizikal dia?
kau rindu dia,
atau kau rindu rutin kau bersama dia?
kau cinta dia,
atau kau cinta kebiasaan bersama dia?
Friday, February 24, 2012
Thursday, February 23, 2012
111. tolong
kalau memang dah tertulis untuk kau,
memang aku bukan yang terbaik,
memang aku bukan pelengkap tulung rusuk kau,
aku terima.
tapi,
tolong simpan kenangan bersama aku,
tolong ingat kepada aku sekali-sekala,
tolong ingat yang baik-baik tentang aku,
tolong senyum bila bercerita tentang aku.
sekurang-kurangnya,
biar aku jadi salah satu dari kenangan manis kau.
aku terima,
aku pasrah.
110. pecahkan
pecahkan!
pecahkan anggota badan aku,
pecahkan organ-organ dalam badan aku,
paling penting,
pecahkan hati dan otak aku,
sebab degil sangat!
pecahkan dan cincang halus-halus,
sampai tidak boleh bersambung,
sampai aku tidak punya rasa,
sampai aku jadi ringan dapat dihembus angin.
kerana setiap zarah di dalam badan aku,
tolak menolak sesama sendiri,
tidak mahu berkerjasama,
setiapnya minta dibebaskan,
setiapnya sudah hilang semangat.
buat pertama kalinya,
jasad dan roh ini,
sudah betul-betul hilang semangat,
hilang fungsi.
aku meringkuk di atas lantai,
dengan pandangan yang kabur,
dengan harapan aku boleh hilang.
dan merayu kepada dunia,
supaya jangan terlalu kejam,
jangan bangkai kan aku dengan semua ini,
kerana aku rapuh.
aku memohon kekuatan dari Allah.
Tuesday, February 21, 2012
109. buntu
aku masih di sini,
di atas lantai,
tempat di mana aku baru lpas bercakap dgn kau.
buntu.
cuba padamkan semua perasaan yang semalam,
tapi aku masih tidak mampu.
nak menulis pun aku tidak reti.
if i'm not good enough for you.do tell me.i dont want u to regret for having me.
Subscribe to:
Posts (Atom)
