Monday, August 17, 2015

Yang terakhir untuk kamu

Kalau mmg bukan jodoh bersama,
Walau betapa sempurna kita bersama,
Walau betapa tiada cela,
Yang tertulis di atas itu lebih besar dari segalanya.

Memang ini adalah yang tertukis sejak azali perkenalan kita.

Jodoh dan pertemuan sampai di sini.
Sampai bila pun,
Tak pernah sangka boleh sampai ke tahap ini dengan kamu.
Bahagia dan selamat.

Bersusah dan bersenang.
Bermanis dan bermasam.
Berketawa dan berduka.
Bersama semuanya,
Hingga dipejam celik,
Sudah hampir ke tahun yang ketiga.

Mungkin kita ini bukan pasangan yang akan mereka katakan,
''Akhirnya mereka bersama''
Kita akan jadi pasangan yang akan mereka katakan,
''Telah diberitahu dahulu begitu dan begini, tapi berdegil''

Ya, berdegil.
Apalah gunanya mengalah,
Jika belum mencuba untuk dengan kamu.

Telah aku titipkan doa untuk bersama kamu,
Untuk dipermudahkan dengan kamu.
Namun, begitu banyak kurangnya lagi dalam doa ku, hingga jadi begini.
Kekurangan diri ini juga, yang terlalu tidak sempurna.

Kamu akan jadi sesuatu yang sangat indah.
Dan yang paling susah untuk dilupakan.
Aku tahu, terlalu banyak masa dan wang yang terbazir untuk ku.

Terlalu banyak keringat dan lelah bersama ku yang mahu
begitu dan begini,
ke sana dan kesini,
Selera itu dan ini.

Terima kasih kerana memenuhi yang
Begitu dan begini,
Ke sana dan ke sini,
Selera itu dan ini.

Kamu yang paling manis dan paling sempurna.
Aku akan sentiasa rindu.

Melihat bulan, teringt kamu,
Jenaka yang dahulu kita kongsi tentang bulan.
Sekurang-kurangnya bulan itu akan sentiasa di situ,
Walau berubah bentuk,
Tetap menemani,
walau nanti kamu dah bersama yang lain,
Walau nanti kita tidak bertemu sampai bila pun.

Aku tahu,
Nama aku bukan lagi bersama kamu,
Cinta sudah di ganti bersama benci,

Sekarang,
bulan hanya akan jadi sekadar bulan,
Funfair akan jadi sekadar funfair,
Kenangan hanya akan jadi kenangan,
Untuk kamu.

Tapi,
Percayalah,
Kamu itu, akan jadi yang paling susah untuk aku,
Cari pengganti.

Terima kasih untuk semua.

Thursday, September 4, 2014

144. kedap



kalau boleh,
aku masukkan memori-memori dulu,
memori yang senang suka,
dalam sebuah bekas.

kalau masuk dek akal,
saat yang di lalui ini,
aku masukkan juga dalam bekas,

biar kedap waktu,
biar tak berlalu.

Tuesday, March 4, 2014

143. kemarau



jadi seperti kemarau.

tanpa perasaan menyejat air-air di bumi,
tanpa perasaan memerangkan daun yang hijau,
tanpa perasaan dan mengendahkan rungutan manusia.

tiada hujan,
tiada salji,
tiada bunga,
mematikan segala musim.

jika aku seperti kemarau ini....

ah,
tapi kadang-kala perlu hujan juga,
supaya tidak mati isi bumi,
supaya tidak mati hati,
supaya tidak mati nyawa yang dikandung badan.

kuasa Tuhan semua ini.




142. bilang-bilang



kalau aku bilang-bilang hari,
bilang-bilang hari,
bilang-bilang hari....

berapa hari yang aku bangun  dengan senang hati,
berapa hari yang aku tidak endah tentang yang dulu,
berapa hari yang aku tidak rasa ragu-ragu,
mungkin amat sedikit yang aku bilang-bilangkan,
cukup jari dan jari kaki aku menghitung.


kalau aku bilang-bilangkan yang terpaksa aku telan,
dan terima bulat-bulatnya,
kalau aku bilang yang aku gagahkan itu.......

aku benci,
bila aku mula gembira,
akan ada sesuatu yang rosakkan.

bukan aku tidak redha,
kadang-kadang yang terkaku di dalam jantung dan otak,
tidak mampu di mampan.

mungkin ini cara Tuhan,
supaya aku ingat padaNya,
supaya aku sentiasa tunduk padaNya.

dan kau,
kaku di penjuru dengan kata-kata menyedihkan.


Friday, January 3, 2014

141. kuasa

apakah mungkin,
jika kau punya kuasa untuk memutarkan masa,
kau akan putarkan,

supaya cerita ini lebih sempurna

atau

kau lebih suka cerita kita yang ini?


atau mungkin,
kau akan putarkan,


supaya kau boleh pilih yang lain,

atau

supaya kita akan bertemu lebih awal?



atau mungkin kau tidak akan putarkan tentang bahagian kita?

aku suka yang ini.






Saturday, December 28, 2013

140. kita



biasanya weekend mcm ni, mesti lepak dengan kwn kt luar. u plak main PES.


then nnti kita gduh.u ckp i xlyn u.

haha.

best jgk bila ingat balik yang kita gduhkan. nanti dah xde modal nak gduh.

=)


http://klipkertasmerah.blogspot.com/2012/02/100-kita.html

puisi      100. kita          15/2/2012  

"aku kira,kita selalu,bertengkar,bergaduh,salah faham,tengking-menengking.

memang marah,sedih,bengang.

tetapi,aku suka,bila malamnya,kita masih membentangkan tikar di padang,duduk dan bercakap tentang mimpi dan masa depan,sambil berpegangan tangan.

erat.

kerana bagi aku,itu uniknya sesuatu hubungan,itu uniknya hubungan ini.

hubungan kita."

"

139. funfair

jaka dan gadis ke pasar malam.
jaka dan gadis bergaduh.

gadis halau jaka pergi.
jaka telefon mencari walau marah.

gadis tetap halau jaka.
jaka terus mencari.

akhirnya jaka bertemu dengan gadis.
jaka paksa gadis membeli makanan.

gadis degil.
tetap degil.

gadis dan jaka pulang.
gadis menangis di dalam kereta.

jaka minta maaf.
gadis minta maaf.

jaka terus memandu dengan jauh.
gadis hairan kemana tempat dituju.

jaka senyum, `funfair'.
gadis senyum.

jaka tahu buat gadis gembira.
gadis terharu.

gadis senyum, 'funfair dah tutup la'
jaka senyum, 'tak pe la.kita tgok je'

kemudian pulang, jaka memandu bawa gadis ke kedai makan.
jaka tunggu gadis membeli makanan, walau kerja banyak menanti.

terima kasih jaka.

thank you for sticking around, even though i am a big mess and complicated.
thank you for all the sweet little things you do. 







Wednesday, December 25, 2013

138. realiti

kerana aku rindu,
sungguh rindu kalau kau jauh.

kerana aku rindu,
sungguh aku rindu kalau kau bukan lagi yang di sisi.

kerana aku rindu,
sungguh rindu yang gelak itu, yang senyum itu punya kau.

kerana aku rindu,
sungguh rindu kalau yang pandangan mata itu bukan dari kau.

kerana aku rindu,
sungguh aku rindu yang aku ini kau ambil beratkan dan jagakan.

kerana aku takut aku terlalu rindu,
aku tak berganjak dari kau.

kerana aku takut aku akan terlalu rindu,
aku benar berharap kau berubah dari yang dulu.

kerana aku terlalu takut,
terlalu terlalu terlalu takut kalau yang ini bukan realiti yang sebenar.

aku harap ini realiti,
segala yang kau cakapkan dan yang kau lakukan.

kerana aku terlalu takut aku jatuh,
jatuh yang sukar untuk bangkit.



Friday, September 7, 2012

entah mana-mana datang




mungkin kerana aku pilih bintang yg pling terang,
kerana itulah bkn dia yg jatuh di ribaan,
kerana bintang yg pling terang itu pling sempurna.

dan kerana bintang yg pling terang itu,
terlalu ramai yg berharap dan berkehendakknnya,
kerana itu,
terlalu ramai yg mendoakan agar bintang itu miliknya.

tetapi bintang tetap bersama bulan,
yg sama-sama sempurna.

damn!
jangan sudah berangan bintang di langit,
berpijak di bumi,
kerana di situ tempat kau.










Wednesday, March 21, 2012

tamat.terakhir.

aku mahu berhenti menulis.
kerana aku menulis hanya untuk dia,
hanya kerana perasaan
aku untuk dia.

tapi,
tak berguna rupanya,
kerana tidak dihargai..

kerana,
dia menulis bukan untuk aku,
dan kerana,
dia juga sudah tidak menulis untuk aku,
hanya menulis untuk orang lain,
dan sudah ada yang lain yang akan menulis untuk dia.

aku makan hati.
tidak dihargai.
puisi yang dicanang untuk aku,
ruoanya bkn untuk aku.
bukan untuk aku sahaja.

aku jadi beku,
idea aku terus hilang.

aku gmbrkan kau bulan,
tp kau bukan bulan yang punya aku sahaja.

aku sudah tidak boleh terima,
kisah ini bukan seindah dahulu,
terlalu byk garamnya.

idea aku membeku,
membaca puisi kau dan dia,
tapi aku sudah tidak boleh beritahu..

aku sayang kau.
sungguh.
tapi mungkin kisah ini akan tamat tidak lama lagi.


.


Tuesday, March 20, 2012

137. terbang



aku mahu kau terbang tinggi,
tinggi,
tinggi,
tinggi,
tinggi.


dan pulang kembali kepada aku.


di pengakhiran hari,
dan ceritakan tentang kisah seharian pengembaraan kau.


aku mahu jadi,
tempat kau bercerita dan mengaduh,
kalau dunia kejam dan tidak adil.


sebab aku sedia ada,
punya telinga dan bahu,
yang sentiasa boleh aku beri,
hanya untuk kau.







Monday, March 19, 2012

136. ritual



ritual bersama kau..


telefon aku selepas kita berjumpa,
hanya untuk beritahu yang kau sudah rindu..


aku rindu ritual yang manis,
yang aku tidak pernah jangka.


seperti waktu yang mula-mula.











135. mahu




aku mahu,
suatu masa nanti,
kita kenang kembali saat kita berada di dalam situasi kritikal,
dan berkata kepada masing-masing,
yang sesungguhnya,
kita telah mampu menempuh semua,
bersama.





Friday, March 16, 2012

133. sedikit manis


setelah begitu susah,
baru kau dapat ku jumpa.






jadi,
tidak boleh kah kau bersikap sedikit manis,
dan lembut?




Monday, March 12, 2012

132. sesuatu



sesuatu,
yang bukan milik aku,
walau sekeras mana aku cuba,
walau sekuat mana aku bertahan,
kalau ia mahu pergi,
ia tetap akan pergi.


seseuatu,
yang bukan milik aku,
walau sesenang mana keadaan mengizinkan,
walau sesusah mana keadaan menduga,
kalau ia bukan untuk aku,
ia tetap bukan untuk aku.



131. jagung




kau hidupkan arang,
aku siapkan tempat menjual.


kau sapukan mentega,
aku pusing-pusingkan jagung.


dengarkan lagu dari radio,
bernyanyi menghiburkan pelanggan.


sekali-sekala bergurau,
dan bergelak ketawa sambil menahan bahang.


bersusah bersenang,
mencari rezeki bersama.


aku tidak kisah,
asalkan pengalaman itu bersama kau.


manis!
semanis mentega jagung yang kau buat!






hahahahaha..





130. bomoh





mungkin satu hari nanti,
aku patut bawa helaian rambut sendiri,
pergi berjumpa dengan bomoh.


biar dia jampi,
biar dia serapah,
supaya aku lebih sayang kepada diri sendiri.






Thursday, March 8, 2012

129. orang asing



hey orang asing.


aku sudah banyak kali berpaling,
mencuri-curi pandang kau,
kadang-kala aku biarkan diri ini tertangkap,
dan kemudian mengalihkan pandangan,
dan malu sendiri.


aku akan pandang kau sekali lagi,
yang terakhir,
aku harap kau dapat isyarat yang aku cuba sampaikan,
datang kepada aku,
dan lakukan begitu dan begini kepada aku.


mulakan kiraan hingga tiga mu,
supaya apabila tepat masanya,
kita akan sama-sama bertentang,
dan menerima isyarat yang betul,
dan terus datang kepada aku.

















128. tentang bulan


ooooooh.....


berdarah lagi,
dicarik-carik lagi.


oleh bulan yang sama.


kau memang sempurna,
tapi kau terlalu sukar,
aku tak tercapai kesempurnaan.


kau memang bersinar,
di tambah dengan bintang,
apalah aku nak dibandingkan.


kau cukup segalanya,
walau kau berubah bentuk setiap hari,
aku tidak berhenti kagumi.


tapi,
aku hanya manusia,
apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan bintang engkau.


aku kerdil,
tidak sempurna,
punya kekurangan yang jelas.


aku mengalah,
aku mengundur diri,
kerana bulan,
pasangannya bintang.


bukan manusia,
yang punya cela beribu.