100. kita
aku kira,
kita selalu,
bertengkar,
bergaduh,
salah faham,
tengking-menengking.
memang marah,
sedih,
bengang.
tetapi,
aku suka,
bila malamnya,
kita masih membentangkan tikar di padang,
duduk dan bercakap tentang mimpi dan masa depan,
sambil berpegangan tangan.
erat.
kerana bagi aku,
itu uniknya sesuatu hubungan,
itu uniknya hubungan ini.
hubungan kita.
No comments:
Post a Comment