jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Tuesday, February 22, 2011
Tuesday, February 8, 2011
25. i hate u,as much as i love u..
Saturday, February 5, 2011
24. Broga Hill !!
- kita org pertama mkn nasi lemak dkat atas broga hill
- hakimi org pertama mkn nasi lemak 4 bungkus atas broga hill
- kita org pertama gossip atas broga hill
- daya org pertama ulang pe yg fitri ckp kat broga hill
- n so many more as org yg pertama..ahaha..
Thursday, February 3, 2011
23. lagu mase saya budak-budak!
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung
Bangau oh bangau,
Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul?
Macamana aku tak timbul,Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.
Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.
TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang