Monday, August 17, 2015

Yang terakhir untuk kamu

Kalau mmg bukan jodoh bersama,
Walau betapa sempurna kita bersama,
Walau betapa tiada cela,
Yang tertulis di atas itu lebih besar dari segalanya.

Memang ini adalah yang tertukis sejak azali perkenalan kita.

Jodoh dan pertemuan sampai di sini.
Sampai bila pun,
Tak pernah sangka boleh sampai ke tahap ini dengan kamu.
Bahagia dan selamat.

Bersusah dan bersenang.
Bermanis dan bermasam.
Berketawa dan berduka.
Bersama semuanya,
Hingga dipejam celik,
Sudah hampir ke tahun yang ketiga.

Mungkin kita ini bukan pasangan yang akan mereka katakan,
''Akhirnya mereka bersama''
Kita akan jadi pasangan yang akan mereka katakan,
''Telah diberitahu dahulu begitu dan begini, tapi berdegil''

Ya, berdegil.
Apalah gunanya mengalah,
Jika belum mencuba untuk dengan kamu.

Telah aku titipkan doa untuk bersama kamu,
Untuk dipermudahkan dengan kamu.
Namun, begitu banyak kurangnya lagi dalam doa ku, hingga jadi begini.
Kekurangan diri ini juga, yang terlalu tidak sempurna.

Kamu akan jadi sesuatu yang sangat indah.
Dan yang paling susah untuk dilupakan.
Aku tahu, terlalu banyak masa dan wang yang terbazir untuk ku.

Terlalu banyak keringat dan lelah bersama ku yang mahu
begitu dan begini,
ke sana dan kesini,
Selera itu dan ini.

Terima kasih kerana memenuhi yang
Begitu dan begini,
Ke sana dan ke sini,
Selera itu dan ini.

Kamu yang paling manis dan paling sempurna.
Aku akan sentiasa rindu.

Melihat bulan, teringt kamu,
Jenaka yang dahulu kita kongsi tentang bulan.
Sekurang-kurangnya bulan itu akan sentiasa di situ,
Walau berubah bentuk,
Tetap menemani,
walau nanti kamu dah bersama yang lain,
Walau nanti kita tidak bertemu sampai bila pun.

Aku tahu,
Nama aku bukan lagi bersama kamu,
Cinta sudah di ganti bersama benci,

Sekarang,
bulan hanya akan jadi sekadar bulan,
Funfair akan jadi sekadar funfair,
Kenangan hanya akan jadi kenangan,
Untuk kamu.

Tapi,
Percayalah,
Kamu itu, akan jadi yang paling susah untuk aku,
Cari pengganti.

Terima kasih untuk semua.

No comments: