Saturday, December 24, 2011

40. si bongok

hujan,
mata meminta untuk di pejamkan,
setelah penat membanting tulang,
tetapi kisah malam ini sgt sempurna.

makin menggila hujan yang turun,
marah mungkin,
kerana ada si bongok,
yang tidak mahu mengalah dgn kedinginan.

si bongok itu,
mengintai di celah tingkap,
kerana rindu dia pada si bulan,
tetapi hampa,kerana cahay yang tiada.

si bongok itu bersedih,
kerana sang bulan yang berjanji untuk menemani,
telah mungkir untuk entah ke berapa kali,
si bongok itu,hancur lagi.

hujan dan si bongok,
bertemanlah mereka,
berlawanlah dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing,
hujan makin menggila dan si bongok makin parah.

hujan menceritakan kisah hujan,
si bongok menceritakan ttg kebongokannya,
yang mendengar hanyalah langit,
yang tidak tahu membantu,kerana turut kelam tanpa bintang.

No comments: