jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Saturday, December 31, 2011
48. third law of motion
gadis dan jejaka keluar. bukan selalu boleh keluar berjumpa. tangan yang erat di dalam pegangan masing-masing, sesekali keadaan jadi meriah dgn gelak ketawa dan nyanyian berdua. bahagia. saat itu, kalau boleh dilantakkan dunia, mmg sudah di lantak kan. dan sebenarnya di dalam jantung masing-masing berharap agar boleh terus begini. kerana apabila pulang, realiti yang sukar menuggu masing-masing.
biarla ketika itu, masing-masing melantakkan dunia.
dan hidup di dalam dunia mereka.
dan tiba-tiba cahaya yang terang datang dari sebelah jejaka,
dan dunia hilang dari pandangan jejaka dan gadis..
***
gadis membuka mata. sakit.terbaring di atas katil hospital, ahli keluarga berkerumun dan mengucapkan kesyukuran. bukan gadis tidak bersyukur dengan keadaan diri yang masih bernyawa dan dengan keluarga dan rakan yang hadir.
tetapi, dia sedang mencari,
pandangan mata itu,
senyuman itu,
raut wajah itu,
mana?
***
gadis sampai di sebelah katil jejaka yang sedang terbaring bertarung nyawa. penuh tali-tali yang gadis tidak tahu fungsinya. apa yang gadis tahu, jantung jejaka masih berdegup. gadis bersyukur. namun, tangisan tidak boleh berhenti. di dalam hati, menyesal. menyesal kerana jika hubungan ini tidak pernah wujud, jejaka tidak akn terlantar begini.
gadis berbisik,
"tolong bangun,
tolong berlwn untk aku,
aku rindu.
tolong aku,
tolong bangun...."
***
seminggu berlalu,
keadaan jejaka makin parah,
masih bertarung nyawa.....
dan, di saat itu,
gadis yang menunggu di sebelah,
telah berjanji kepada Tuhan...berjanji....
***
setelah beberapa lama, keadaan jejaka makin pulih. tiada lagi wayar yang berselirat. gadis bersyukur. dan tibalah masa untuk gadis menunai kan janji. memegang erat tangan jejaka, ciuman terakir di pipi di beri pada jejaka. gadis berlalu, dengan air mata dan perasaan bersyukur.
***
jejaka tersedar dari tidur yang panjang. seluruh orang yang berkerumun tersenyum. soalan pertama jejaka adalah tentang gadis yang tiada. sekeping surat dihulurkan.
"ketika engkau sedang bertarung nyawa,
aku juga sedang bertarung di medan aku sendiri,
bertarung dengan semangat aku melihat keadaan engkau,
bertarung dengan rasa bersalah aku kepada engkau dan keadaan kita.
keadaan kita yang sepatutnya tiada,
dan dengan segenap semangat dan kekuatan,
aku berdoa dan berjanji kepada Tuhan,
aku berjanji engkau akan aku tinggal kan,
asal kan keadaan engkau pulih seperti biasa.
dan doa aku dimakbulkan,
aku bersyukur,
dan janji harus aku tunai kan,
dan aku sedang menunaikan.
mungkin kau memang bukan untuk aku,
keadaan yang mungkin telah lama kita terima,
dan ketahuilah,
jika keadaan ini sukar untuk engkau,
ia juga sukar untuk aku.
aku mendoa kan yang terbaik untuk kau,
terima kasih untuk segalanya,
maafkan kekurangan aku, kerenah aku, merajuk aku, marah aku..."
dan kisah jejaka dan gadis berubah. dengan kenyataan yang masing-masing harus terima.
*haha..idea yg aku dapat mase berangan sebelum tido..aku berfikir banyak kali la jgak nak post ke x..sbb mcm x lojik..sekian~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment