123. sahabat
kau,
jangan susahkan keadaan aku,
yang di mana sudah terbentang susahnya.
aku sudah berlapis muka,
cuba membuang malu,
untuk membiasakan keadaan.
aku minta pada kau,
atas dasar nama sahabat,
yang kau canang-canang kan ketika meminta maaf.
kalau aku ini hina bagi kau,
biarkan aku,
jangan rapat sudah dengan aku.
tapi,
jangan susahkan keadaan aku,
kerana keadaan sudah tersedia susah.
1 comment:
sahabat x tinggalkan sahabat, dear~itu beza sahabat n kawan...setuju??
Post a Comment