Saturday, January 14, 2012

71. realiti



jaka dan gadis berjalan,
berpimpinan tangan,
berjalan menuju realiti,
daripada dunia yang hanya ada mereka berdua.

hampir ke pintu realiti,
gadis berhenti,
tunduk.

jaka hairan dan bertanya,
mengapa gadis tiba-tiba berhenti,
gadis menjawab,
kerana di kawasan realiti,
tangan kau akan lepas dari genggaman aku.


No comments: