Thursday, March 8, 2012

126. harga



harga cinta aku.


seluruh hati mu yang terukir hanya nama aku,
tanpa sesal dan rungutan.


setiap denyut jantung mu,
dan denyut nadi mu.


segala kekurangan dan kelebihan mu,
yang aku ambil tanpa sesal dan rungutan.


sebahagian dari tempat tidur mu,
yang menjadi tempat tidur ku di sisi mu.


ilmu agama yang di ajar oleh mu,
yang mampu membimbing kita bersama.


berkongsi segala masa yang ada,
berkongsi segala rahsia yang ada.


dan dikucup oleh mu bertalu-talu selalu,
sambil menghidu bauan mu yang selalu aku rindu.


jadi,
jangan risau jika kau tidak punya harta,
kerana harga cinta aku,
tidak boleh di'wang'kan,
tidak boleh di'benda'kan.




kalau lah kau tahu dan faham.








No comments: