Sunday, February 12, 2012

98. terkial-kial




selagi aku tidak tahu,
apa yang terdetik di hati kau,
aku akan cuba mematikan,
segala yang terdetik di hati ini.


kerana aku tidak mahu,
aku sendiri terkial-kial,
menyelamatkan diri sendiri,
daripada mati lemas.


kerana aku tidak mahu,
aku sendiri tercari-cari,
semangat aku yang hilang,
di sebalik kenangan.


kerana aku tidak mahu merasa yang kosong itu,
di bahagian jantung aku,
yang tiba-tiba putaran bumi pun boleh jadi salah bagi aku,
kerana jiwa yang tidak keruan.




aku minta,
agar engkau adalah yang terakhir,
dan yang selamanya,
kerana imaginasi aku tidak dapat membayang kan hidup,
tanpa engkau.






No comments: