jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Thursday, February 23, 2012
110. pecahkan
pecahkan!
pecahkan anggota badan aku,
pecahkan organ-organ dalam badan aku,
paling penting,
pecahkan hati dan otak aku,
sebab degil sangat!
pecahkan dan cincang halus-halus,
sampai tidak boleh bersambung,
sampai aku tidak punya rasa,
sampai aku jadi ringan dapat dihembus angin.
kerana setiap zarah di dalam badan aku,
tolak menolak sesama sendiri,
tidak mahu berkerjasama,
setiapnya minta dibebaskan,
setiapnya sudah hilang semangat.
buat pertama kalinya,
jasad dan roh ini,
sudah betul-betul hilang semangat,
hilang fungsi.
aku meringkuk di atas lantai,
dengan pandangan yang kabur,
dengan harapan aku boleh hilang.
dan merayu kepada dunia,
supaya jangan terlalu kejam,
jangan bangkai kan aku dengan semua ini,
kerana aku rapuh.
aku memohon kekuatan dari Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment