jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Wednesday, February 1, 2012
84. hadiah
hari terakhir nanti,
aku mahu beri kau hadiah.
hadiah yang telah lama aku beri secara rahsia,
tp hari ini aku akan beri secara fizikal.
hadiah yang aku beri untuk kau seorang,
tapi kau tidak pernah balas semula.
aku akan balut cantik,
walaupun rupa hadiah aku buruk,berparut.
aku akan minta orang berikan kepada kau,
kerana aku mungkin sudah tiada.
aku harap kau simpan dengan elok,
kerana itu adalah kenangan dari aku untuk kau.
aku harap kau akan ingat aku,
kerana nama kau terukir atas hadiah aku.
selamanya nama kau akan di situ,
di hati aku,
yang aku akan beri pada kau,
pada hari terakhir nanti,
yang aku akan balut dengan cantik,
walaupun buruk dan berparut,
kerana itu hati aku dengan luka-luka dari perbuatan kau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
baca n3 d sini
http://akutetapaku85.blogspot.com/
Post a Comment