Monday, February 6, 2012

91. masih





aku cinta kau,
sejak pandangan yang pertama.

aku cinta pada kau,
sejak kita mula tertawa bersama.

aku masih cinta pada kau,
ketika keadaan sangat buruk antara kita.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau hanya membiarkan aku mengutip hati aku sendiri.

aku masih cinta pada kau
ketika kau biarkan aku menerima tohmahan orang lain sendiri.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau menengking aku teruk.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau biar kan aku terkapai-kapai.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau mendengus garang pada aku.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau curangkan aku dengan perempuan-perempuan yang lagi sempurna.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau pilih untuk menghabiskan masa kau dengan perempuan-perempuan lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau mengaku cinta kau pada yang lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika aku lihat kau bermanja dengan perempuan-perempuan lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika di dalam fikiran kau penuh dengan perempuan-perempuan lain.

aku masih cinta pada kau,
ketika kau patah semangat dan hilang arah tuju.

aku masih cinta pada kau,
ketika kita sedang menambahkan kenangan tentang kita.

aku masih cinta pada kau,
ketika kita sedang melakarkan saat saat indah.

aku masih cinta pada kau.
aku masih cinta pada kau.
aku masih cinta pada kau.

ketika.........................

apa lagi yang lagi teruk yang mampu kau buat untuk uji cinta aku?
apa lagi yang lagi teruk yang mampu kau buat supaya aku berhenti?

aku mahu tahu.
kerana sesabar-sabar aku,
setabah-tabah aku,
kadang kala aku pun tidak mampu.

beritahu aku,
supaya aku bersiap-sedia.
















No comments: