Tuesday, January 3, 2012

54. dear you.



kerana memberi aku senyum,
kerana pandang ke dalam mata aku,
kerana duduk dengan aku,
kerana selalu ketawa sama-sama dengan aku.


terima kasih.


kerana selalu tahan dengan baran aku,
kerana selalu faham degil aku,
kerana selalu terima cemburu aku,
kerana selalu mengalah kalau aku beremosi.


terima kasih.


kerana masih sayang aku,
kerana masih kesahkan aku,
kerana masih cuba senyumkan aku,
kerana masih bersabar dengan aku.


terima kasih.


kerana buat aku gembira,
kerana buat aku rasa selamat,
kerana buat hati aku senyum,
kerana buat sesuatu yang kadang aku tidak jangka.


terima kasih.


kerana faham riak muka sedih aku,
kerana faham manja aku,
kerana faham merajuk aku,
kerana bertahan dengan kerenah aku.


terima kasih.


aku tahu,
aku tidak layak,
tidak sempurna.


jadi,
aku bersyukur,
kerana adanya kau,
dan masih ada kau.


terima kasih.

No comments: