jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Monday, January 9, 2012
63. cermin
aku bersembang dengan rakan. muka dia sgt sugul dan tidak bersemangat. mungkin dia ketawa,tp, kosong. aku bertanya.
kenapa dengan kau?
kenapa dengan aku?
kenapa muka kau nampak sugul?
kerana hati aku berat.
kenapa?ada masalah kah?
aku pun tidak tahu.
sudahnya,kenapa dengan kau?
aku pun tidak tahu.
cuba beritahu?
aku selalu sedih. kosong.ada saja yang tidak kena.
lagi?
tidak bersemangat.selalu menangis.
owh.
kau beritahu,kenapa dgn aku?
mungkin kau semakin jauh dengan Allah.
mungkin.
cuba kembali,merintih dan mengadu. Dia maha mendengar.
ya.
Dia beri kau perasaan ini,supaya kau sedar.
syukur. Dia masih cinta.
kau pergi kesat air mata,kuat kan semangat.
terima kasih.
ada suara memanggil aku.aku paling. tiada siapa.aku pusing menghadap rakan aku semula.rupanya aku sedang bercakap dengan cermin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment