Monday, January 16, 2012

74. kapal terbang



aku bawa diri,
melepasi pintu C,
menuju ke dalam perut kapal terbang,
perasaan bercampur.


penuh,
masing-masing dgn tujuan dan destinasi,
aku lihat tiket,
tempat duduk di tepi tingkap, alhamdulillah.


tiga tempat duduk,
aku seorang,
duduk dan tenangkan diri,
mengambil buku untuk di baca.


kapal terbang mula bergerak,
aku merenung luar tingkap,
sekejap lagi,
aku akan meninggalkan bumi dan penduduknya.

laju kapal terbang di landasan,
begitu juga perasaan aku,
setiap kali akan berlepas,
takut tidak sampai ke destinasi.


aku mencari hujung laut,
aku mencari kaki langit,
garisan yang menyatukan keduanya,
sangat indah. subahanallah.


aku renung garisan,
sebenarnya sama,
laut dan langit,
lautan air dan lautan langit.


lautan langit yang mempunyai awan sebagai ombak,
semakin aku tinggi,
semakin kecil pemandangan bumi,
aku makin melawan graviti.


izinkan aku bermimpi,
kerana aku bukan sedang berpijak di bumi,
aku bukan di bumi yang nyata,
izinkan aku bermimpi jauh dari realiti.


aku ada lagi 45 minit.





No comments: