Tuesday, January 10, 2012

65. bulan,angin langit



bulan,
kalau engkau bersinar,
aku mahu engkau tahu,
yang aku tidak suka keadaan ini.


angin,
kalau engkau bertiup,
aku berharap dalam diam,
engkau berhenti bertukar arah.


langit,
kalau engkau mendengar,
aku mahu engkau tahu,
yang aku sebenarnya rindu.


bulan,angin,langit,
sebenarnya adalah manusia,
yang setiap tawa, rengus, dan sedihnya,
aku ingin tadah.


bulan,angin, langit,
adalah sebenarnya manusia,
yang setiap tawa, rengus, dan sedih aku,
aku mahu ada dia.

No comments: