116. jatuh
aku mahu pergi,
aku mahu lari.
biar aku jatuh,
biar aku tergadah.
aku tidak mahu bangun langsung.
biar aku mati dengan segala luka berulat,
biar aku mati dengan segala parut.
sebab kalau aku sendiri,
aku tak mampu.
jadi biar aku pergi,
kalau kau tak mahu bersama aku,
biar aku hilang terus.
No comments:
Post a Comment