jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Friday, March 2, 2012
119. laki-laki yang satu
aku tak mahu hilang cinta laki-laki yang satu ini,
aku tidak mahu keadaan jadi sukar hingga dia tidak mampu,
aku tidak mahu beban seberat dunia hingga dia mengalah,
aku tidak mahu dugaan hingga dia tidak mahu melawan.
aku mahu cinta laki-laki yang satu ini,
aku mahu semangat laki-laki yang satu ini,
aku mahu senyum laki-laki yang satu ini,
aku mahu air mata laki-laki yang satu ini.
kepada laki-laki yang satu ini,
aku kadang-kadang seperti mahu pergi dari sini,
mahu tinggalkan kau,
biar kau gembira tanpa aku,
aku yang pemarah,banyak kerenah.
aku kadang-kadang mahu setia di sini,
mahu berlawan untuk kau,
kerana aku mahu lihat gelak senyum itu,
kerana aku mahu buang setiap tangis sedih kau.
aku harap,
kita mampu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment