jatuh berguling-guling,pecah berkecai-kecai,dipijak direndah-rendahkan,di biar dilantak-lantakkn..
Thursday, March 8, 2012
128. tentang bulan
ooooooh.....
berdarah lagi,
dicarik-carik lagi.
oleh bulan yang sama.
kau memang sempurna,
tapi kau terlalu sukar,
aku tak tercapai kesempurnaan.
kau memang bersinar,
di tambah dengan bintang,
apalah aku nak dibandingkan.
kau cukup segalanya,
walau kau berubah bentuk setiap hari,
aku tidak berhenti kagumi.
tapi,
aku hanya manusia,
apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan bintang engkau.
aku kerdil,
tidak sempurna,
punya kekurangan yang jelas.
aku mengalah,
aku mengundur diri,
kerana bulan,
pasangannya bintang.
bukan manusia,
yang punya cela beribu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment