Friday, March 2, 2012

120. hmm



buat seketika,
terbang semangat aku,
kosong jiwa aku.


dalam kepala otak aku,
ada bayangan aku mengangkat beban yang terlalu besar,
sendirian,tidak mampu,gelap.


aku membayangkan hari-hari jika kena begini.


melihat engkau,tapi bukan untuk aku,
melihat engkau,orang lain di sisi,
memikirkan engkau yang akan lupa pada aku,
menghidupkan engkau,hanya dalam kenangan.


parah.


aku tidak mahu merasa kosong yang itu,
di jantung aku,
aku tidak mahu merasa kaku,
di jiwa aku.


aku sudah terbiasa,
dengan kau,
dengan segala kekurangan kau,
dan dengan segala yang kau buat aku rasa.


aku tidak suka,
kau memberhentikan yang aku cakap,
kau mengutuk pasukan yang aku suka,
kau mengajuk aku.


tapi,
untuk aku membayangka hidup,
tanpa perkara-perkara yang aku tidak suka ttg kau,
aku rasa tidak lengkap.


yang aku tidak suka,
aku jadi suka,
aku jadi rindu,
aku jadi selalu mahu.


kau punya manja,
kau punya senyum,
kau punya watak,
yang itu yang aku suka.


yang itu buat aku berlawan,
untuk kisah ini,
kerana aku mahu semua itu,
untuk menempuh setiap hari.


buat masa ini,
juga yang akan datang,
cukuplah bagi aku cinta laki-laki yang seorang ini,
buat pelengkap hidup.




No comments: